WELCOME TO MY BLOG

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Merdeka

31. 8. 2010 : Telah 53 Tahun Negara Kita Merdeka. 

Bebaskah Kita Dari Segala Ancaman? Apakah Peranan Kita Dalam Mengisi Kemerdekaan Negara Setanding Dengan Umur Kemerdekaan Itu Sendiri. Tepuk Dada dan Tanyalah Diri....  

Saturday, July 31, 2010

Dosa cikgu di bulan puasa

Pastinya berkurangan sebab pada bulan yang mulia ini semua sekolah mengatur program yang sesuai dengan kehadiran bulan tersebut. Pada bulan itulah dapat kita saksikan:
  1. cikgu2 kurang bercakap kosong. apa yang diperkata semua berisi fakta;
  2. murid-murid kurang bising sebab letih dan dahaga;
  3. kebanyakan murid tidak melanggar peraturan yang ditetapkan;
  4. cikgu2 kurang marah dan kurang membebel;
  5. cikgu2 tidak berkumpul dan berpolitik di kantin sekolah;
  6. aktiviti sukan dan riadhah dikurangkan;
  7. majlis makan-makan dan jamuan ditunda;
  8. aktiviti sosial ditangguhkan;
  9. guru besar dan pengetua berlumba-lumba menghimpun pahala;
  10. kebanyakan guru dilibatkan dengan aktiviti amal sempena bulan puasa;
  11. anak-anak fakir dan miskin dibantu;
  12. warga kebanyakan sekolah disedarkan tentang amalan-amalan baik yang perlu dibuat bagi meningkatkan darjat disisi Allah

Makanya....sebahagian besar murid, guru dan pemimpin sekolah gembira dan bahagia apabila tiba bulan puasa....bulan yang mulia ini...

Bukti Cinta Atau Cinta Buta?

Parut nama kekasih yang paling panjang dianggap paling berani. Toreh di lengan sendiri trend remaja perempuan mengukir nama kekasih masa kini. Di mana silapnya bangsa kita?

Friday, July 30, 2010

Indahnya bunga api

Indah dan menarik percikan bunga api tanda berakhir sesuatu majlis

Tuesday, July 27, 2010

Sepi itu indah ke Dato'?

'inilah antara bait-bait lagu Dato' Siti Nurhaliza'  


apapun yang terjadi berjalanlah tanpa henti....
air mata tertahan waktu untuk dijatuhkan.....
nanti kita kan tahu betapa bijaknya hidup....
supaya dapat meniti pelajaran yang berarti.....
semoga kepergianmu tak akan berubah apapun.... 
semoga mampu kulawan kesepianku....
semoga kepergianmu tak akan....
semoga mampu kulawan kesepianku....
nanti kita kan tahu betapa bijaknya hidup....
supaya dapat meniti pelajaran yang berarti.....
semoga kepergianmu tak akan berubah apapun....  
semoga mampu kulawan kesepianku....
semoga kepergianmu tak akan berubah apapun....
semoga mampu kulawan kesepianku....
semoga kepergianmu tak akan....
semoga mampu kulawan kesepianku....
apapun yang terjadi..berjalanlah tanpa henti....
apapun yang terjadi berjalanlah tanpa henti....
air mata tertahan waktu untuk dijatuhkan.....
nanti kita kan tahu betapa bijaknya hidup....
supaya dapat meniti pelajaran yang berarti.....
semoga kepergianmu tak akan berubah apapun....     
semoga mampu kulawan kesepianku....
semoga kepergianmu tak akan....
semoga mampu kulawan kesepianku....
nanti kita kan tahu betapa bijaknya hidup....
supaya dapat meniti pelajaran yang berarti.....
semoga kepergianmu tak akan berubah apapun....     
semoga mampu kulawan kesepianku....
semoga kepergianmu tak akan berubah apapun....     
semoga mampu kulawan kesepianku....
semoga kepergianmu tak akan berubah apapun....     
semoga mampu kulawan kesepianku....
apapun yang terjadi berjalanlah tanpa henti.......


Sunday, July 25, 2010

Mamasita blogger hebat

Terkedu sebentar pabila membaca kisah rumahtangga dua blogger hebat di paper. Kuusahakan membaca tulisannya. Kucuba meletakkan diri di tempatnya...Akhirnya aku memahami  kesudahan yang bakal terjadi. Sudah suratan atau sudah tersurat? Mana satu yang tepat? Masih istimewakah seorang wanita ? 

Saturday, July 24, 2010

Sabtu Ahad Bekerja

'bentuk masyarakat penyayang?,  lahirkan keluarga yang gemilang?,  rapatkan hubungan kasih sayang ?  berprasangka baik sesama bangsa?,  membina hubungan sesama jiran?

Semua itu adalah retorik.. mana mungkin boleh menjadi kenyataan apabila anggota keluarga sentiasa dibelenggu beban kerja. '  

'Kata hari Sabtu tak kerja. Ahad cuti umum tapi nampaknya kerja jugak...apani cakap tak serupa bikin...kalau asyik nak kerja seminggu suntuk bila masa nak rehatkan otak...bila pulak nak bahagiakan keluarga? bilamasa nak bermasyarakat? bila masa nak membentuk komuniti yang sihat?

Aku hanya sekadar memaparkan rungutan yang didengar dalam satu majlis kahwin besar-besaran malam semalam....fikir-fikirkan apakah cara yang kita ada untuk meredakan keadaan......wallahualam

Friday, July 23, 2010

Renovation umah baru

Hati terpanggil untuk dapatkan suasana baru. Sendirilah buat apa yang patut. Sambil-sambiltu kumpul pengetahuan apa yang dapat. Pohon tunjuk ajar pada yang pakar. Kepada bloggers yang sudi menyinggah, selamat datang dan terima kasih daun keladi. Hingga kini, kerja-kerja ubahsuai masih belum selesai...pelan...pelan...hingga siap.

Monday, July 19, 2010

Sekolah dan Anugerah

Dekat ini menyaksikan sekolah berlumba-lumba dengan pemberian anugerah kepada warganya. Mengapa semua ini terjadi? Adakah berpunca dari sikapnya manusia? atau hanya sekadar suka-suka? Bermula dengan pertandingan di peringkat kelas,  sekolah, daerah/zon, negeri, kebangsaan dan akhirnya di peringkat antarabangsa. Kini di tahap yang lebih luas sekolah dipastikan terlibat dalam pertandingan dan penilaian anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. Semua program-program di atas dikatakan bermatlamat mengukur dan mengesahkan kecemerlangan institusi pendidikan negara. Maka istilah dan program-program yang di senaraikan di bawah tidaklah asing kepada mereka:
  1. Anugerah Pusat Sumber Sekolah;
  2. Anugerah Nilam;
  3. Anugerah Sekolah Harapan Negara;
  4. Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran;
  5. Anugerah Lonjakan Saujana;
  6. Anugerah Sekolah Cemerlang;
  7. Anugerah Sekolah Kluster;
  8. Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi;


Saturday, July 17, 2010

Pasar Malam

"Satu-satunya ruang untuk orang-orang yang berpendapatan rendah mencari rezeki. Biasanya tempat inilah yang dikunjungi oleh mereka yang tinggal jauh dari hirok pikok kota metropolitan. Dan ia amat disukai oleh pelancong-pelancong asing di Malaysia." Itulah kata guru aku satu ketika dahulu. Kini aku perhatikan semuanya meleset tidak seperti yang pernah digambarkan padaku. Yang pasti peranan pasar malam kini tidak sahaja di situ tetapi jauh dari yang kita jangkakan. Di sini kutemui banyak perkara yang menyumbang kepada banyak persoalan lain di luar dari apa yang kita jangkakan. Tempat pertemuan generasi muda , dewasa dan tua. Di sini jugalah tempat lahir dan bertunasnya usahawan-usahawan baru. 

Friday, July 16, 2010

Naik lagi...

Harga Baru Petrol:
Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Harga Baru Gas:
Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Harga Baru Gula:
RM1.65KG kepada RM1.90KG (naik RM0.25) - kurang-kurangkanlah makanan yang banyak gula....hu..hu...Kita sebagai pengguna.....terus tertanya-tanya...apa lagi barang yang akan naik dalam masa terdekat ini...

Thursday, July 15, 2010

Tepat 12.00 Tengah Malam

Pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 2 tiba ke tarikh penghujungnya. Pengetua dan Guru Besar yang terlibat berhempas pulas menyediakan maklumat yang diperlukan. Dikatakan, mana-mana calon yang terpilih akan dinilai oleh Jawatakuasa Penilaian iaitu Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti mulai 19 hingga 30 Julai 2010. Antara syarat penting ialah calon SBT mestilah cemerlang dalam semua aspek pendidikan dari segi kurikulum, kokurikulum, sahsiah, kepimpinan mahupun kemenjadian modal insan (itulah istilah-istilah yang sering dikaitkan dengan NKRA sekarang). Selain itu, calon .hendaklah juga cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sehingga hari ini telah ada 20 SBT di negara kita. Tahun 2010 bilangan SBT akan bertambah sebanyak 30 menjadikan semua sekali adalah 50 buah.. Dijangkakan, pengumuman tentang pemilihan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Induk SBT KPM pada masa yang  akan ditetapkan.. .  

Mana-mana boleh makan

Elakkan dari makan-minum di bilik tempat bekerja....itulah pesanan ikhlas dari sang ketua pada suatu ketika. Aku amat setuju kerana benarlah kenyataan itu sebab sisa-sisa makanan akan tertinggal dan cara tak langsung akan mengundang kawan dan teman si lipas, si semut, si tikus dan segala macam si yang sukar untuk disebutkan. Teringat aku masa aku di tugaskan menguruskan pusat sumber sekolah, aku pernah didedahkan dengan buruknya jika makan dan minum di bilik tempat bekerja. Melalui kursus penjilidan dan pengawetan buku selama sehari suntuk itu aku dan kawan-kawan diajar cara mana untuk mengelakan keburukan itu dari terjadi dalam organisasi kita. Persoalannya...adakah tempat makan lain yang sesuai untuk memenuhi bilangan warga organisasi yang semakin bertambah ini. Kebajikan rehat dan makan pegawai serta kakitangan perlu diambil kira sama...

Sikap masyarakat kita

'Ruang yang bernombor adalah ruang khas yang disediakan untuk mereka yang berjawatan.....' Faham dengan kenyataan itu, kebanyakan warga kerja di tempat itu, akan berusaha mencari tempat parking yang baru. Tetapi apa yang diperhatikan sejak akhir-akhir ini, orang tidak pandai hormat orang. Merembat peluang tak kena tempat.. Baru melapor diri bekerja di tempat baru dengan beraninya tempat meletak kereta bos atau big bos dipenuhi. Amat mengejutkan, tapi inilah realiti minda masyarakat kita hari ini. Bagi mereka asalkan tempat itu kosong baik mereka isi. Tidakkah pernah mereka terfikir bos dan big bos selalunya ada mesyuarat atau aktiviti lain yang memerlukan mereka keluar pada bila-bila masa tanpa sekatan. Itu sebabnya mereka diberi keistimewaan. Parking khas diberi untuk permudah pergerakan mereka. Itulah sikap manusia yang ada sekarang yang tidak disenangi oleh banyak orang. Salahkah ibu yang mengandung atau tersasarkah latihan yang diberi untuk membentuk modal insan cemerlang.

Wednesday, July 14, 2010

Maruah seorang guru

Terkedu semua orang menjadi saksi, kepada peristiwa yang  berlaku di satu medan diskusi hari ini. Seorang guru, dimalukan dikhalayak ramai. Tercalar, lerai harga dirinya. Sebagai seorang ketua, seorang yang lebih dewasa yang pastinya tahu banyak perkara, seharusnya teguran yang dibuat perlu  mengambil kira segala aspek kebajikan yang ada. Apa pun sebenarnya cerita. Apapun alasan yang hendak dikatai, padaku sketsa yang dipratontonkan hari ini, patut dinyahkan terus darri sesebuah institusi. Jelaslah profesional hanya terletak pada fungsi organisasi, kata-kata tetapi tidak pada jiwa pelaksananya. Impak yang mungkin timbul adalah bakal hilanglah motivasi dan tenggelamlah budi dalam masyarakat kita hari ini dan tidak mustahil masyarakat akan datang.

Tuesday, July 13, 2010

Bila kuasa di tangan

Tiba-tiba temanku menjadi amat petah berkata-kata. Tiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya berkait dengan apa yang dia buat sepanjang dia menjadi orang bergelar, Kata orang dia gila kuasa. Aku tak kira sama ada dia gila kuasa atau tidak. Yang pasti tiap kali dia bersuara hanya dialah yang betul. Orang lain semuanya salah dan tak kena di mata dia...Minah sempurna agaknya dia ni.  Hampir 60 hari bagai ibu cuti berpantang, tugas itu dijalankan olehnya. Banyak juga pembaharuan yang telah dibuat. Baguslah tu perubahan yang drastik. Semua itu menguntungkan kita semua...cumanya...dalam kita mengejar kedudukan di atas ,  usah orang bawah dipijak dan dipersalahkann oleh orang yang  terdahulu darinya diumpat keji tanpa putusnya.. Sepatutnya..ucapan terima kasih dan penghargaan dilayangkan kepada mereka sebagai pihak yang menyokong usaha ketuanya..

Monday, July 12, 2010

Banyak cakap kurang kerja

Budaya kita banyak bercakap kurang kerja....dari dulu hingga kini tak ada yang berubah. Kalau di pejabat asyik bermesyuarat, bincang-bincang cari keputusan tetapi keputusan tidak diikut seperti yang diputuskan. Kalau di kedai kopi asyik cakap-cakap dan berborak kosong tapi tak ke mana. Cakap-cakap itu hanya meluap-luap di situ. Tak sampai ke manapun.... Patutlah orang kata 'cakap kedai kopi tak boleh pakai.  Betulke macam tu? Bagaimana pula dengan kehidupan hari ini cakap-cakap di white coffee...?

milamidesa.COM

Malam ini kulakarkan kenangan di umah baruku. Hajat hati nak jadikan umah ini medan pertempuran tetapi berubah di saat akhir tatkala terfikir apalah guna berbalah-balah tatkala bangsa semakin lemah. kata orang hati mau baik, jiwa mau bersih baru tenteram aman dan damai. Jauhkan pertengkaran di medan politik yang tak ketentuan, Elakkan penglibatan terjebak menggerak sosial remaja yang berpanjangan. Cantik kiranya jika berperanan dewasa yang memberi pengajaran. Tunjuk tauladan, pesan berpesan serta ingatan sebagai sempadan. Di umah baruku catatan berkisar pada pengalaman seharian yang merentap perasaan seorang insan yang mendambakan keharmornian dan kasih sayang. Blog cabanganku bernama milamidesa.COM

Sunday, July 11, 2010

Salam di umah baru

Julai 11 2010:

aku selamat berada di umah baru. tujuanku hanya untuk memudahkan urusan mengurus bahan personel dengan isu-isu yang bersangkutan dengan pendidikan dan negara. Dalam hidup ini ada ketikanya kita kena memikirkan kepentingan diri sendiri sebelum memikirkan kepentingan orang lain. Lain padang, lain belalang, lain dulu lain sekarang. Lembu dipegang pada tali manakala manusia dipegang pada janjinya. Boleh pakai lagike perumpamaan itu pada masa ini. Rasanya bolehlah kot. Mudah-mudahan umah yang baru ini dapat mengasah kemampuanku melakar isu-isu yang lebih meluas sifatnya.

BLOG TOK GURU

sedang dalam penyusunan semula