Pastinya berkurangan sebab pada bulan yang mulia ini semua sekolah mengatur program yang sesuai dengan kehadiran bulan tersebut. Pada bulan itulah dapat kita saksikan:
- cikgu2 kurang bercakap kosong. apa yang diperkata semua berisi fakta;
- murid-murid kurang bising sebab letih dan dahaga;
- kebanyakan murid tidak melanggar peraturan yang ditetapkan;
- cikgu2 kurang marah dan kurang membebel;
- cikgu2 tidak berkumpul dan berpolitik di kantin sekolah;
- aktiviti sukan dan riadhah dikurangkan;
- majlis makan-makan dan jamuan ditunda;
- aktiviti sosial ditangguhkan;
- guru besar dan pengetua berlumba-lumba menghimpun pahala;
- kebanyakan guru dilibatkan dengan aktiviti amal sempena bulan puasa;
- anak-anak fakir dan miskin dibantu;
- warga kebanyakan sekolah disedarkan tentang amalan-amalan baik yang perlu dibuat bagi meningkatkan darjat disisi Allah
Makanya....sebahagian besar murid, guru dan pemimpin sekolah gembira dan bahagia apabila tiba bulan puasa....bulan yang mulia ini...