WELCOME TO MY BLOG

Friday, July 23, 2010

Renovation umah baru

Hati terpanggil untuk dapatkan suasana baru. Sendirilah buat apa yang patut. Sambil-sambiltu kumpul pengetahuan apa yang dapat. Pohon tunjuk ajar pada yang pakar. Kepada bloggers yang sudi menyinggah, selamat datang dan terima kasih daun keladi. Hingga kini, kerja-kerja ubahsuai masih belum selesai...pelan...pelan...hingga siap.

Monday, July 19, 2010

Sekolah dan Anugerah

Dekat ini menyaksikan sekolah berlumba-lumba dengan pemberian anugerah kepada warganya. Mengapa semua ini terjadi? Adakah berpunca dari sikapnya manusia? atau hanya sekadar suka-suka? Bermula dengan pertandingan di peringkat kelas,  sekolah, daerah/zon, negeri, kebangsaan dan akhirnya di peringkat antarabangsa. Kini di tahap yang lebih luas sekolah dipastikan terlibat dalam pertandingan dan penilaian anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. Semua program-program di atas dikatakan bermatlamat mengukur dan mengesahkan kecemerlangan institusi pendidikan negara. Maka istilah dan program-program yang di senaraikan di bawah tidaklah asing kepada mereka:
  1. Anugerah Pusat Sumber Sekolah;
  2. Anugerah Nilam;
  3. Anugerah Sekolah Harapan Negara;
  4. Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran;
  5. Anugerah Lonjakan Saujana;
  6. Anugerah Sekolah Cemerlang;
  7. Anugerah Sekolah Kluster;
  8. Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi;


Saturday, July 17, 2010

Pasar Malam

"Satu-satunya ruang untuk orang-orang yang berpendapatan rendah mencari rezeki. Biasanya tempat inilah yang dikunjungi oleh mereka yang tinggal jauh dari hirok pikok kota metropolitan. Dan ia amat disukai oleh pelancong-pelancong asing di Malaysia." Itulah kata guru aku satu ketika dahulu. Kini aku perhatikan semuanya meleset tidak seperti yang pernah digambarkan padaku. Yang pasti peranan pasar malam kini tidak sahaja di situ tetapi jauh dari yang kita jangkakan. Di sini kutemui banyak perkara yang menyumbang kepada banyak persoalan lain di luar dari apa yang kita jangkakan. Tempat pertemuan generasi muda , dewasa dan tua. Di sini jugalah tempat lahir dan bertunasnya usahawan-usahawan baru. 

Friday, July 16, 2010

Naik lagi...

Harga Baru Petrol:
Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Harga Baru Gas:
Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Harga Baru Gula:
RM1.65KG kepada RM1.90KG (naik RM0.25) - kurang-kurangkanlah makanan yang banyak gula....hu..hu...Kita sebagai pengguna.....terus tertanya-tanya...apa lagi barang yang akan naik dalam masa terdekat ini...

Thursday, July 15, 2010

Tepat 12.00 Tengah Malam

Pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 2 tiba ke tarikh penghujungnya. Pengetua dan Guru Besar yang terlibat berhempas pulas menyediakan maklumat yang diperlukan. Dikatakan, mana-mana calon yang terpilih akan dinilai oleh Jawatakuasa Penilaian iaitu Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti mulai 19 hingga 30 Julai 2010. Antara syarat penting ialah calon SBT mestilah cemerlang dalam semua aspek pendidikan dari segi kurikulum, kokurikulum, sahsiah, kepimpinan mahupun kemenjadian modal insan (itulah istilah-istilah yang sering dikaitkan dengan NKRA sekarang). Selain itu, calon .hendaklah juga cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sehingga hari ini telah ada 20 SBT di negara kita. Tahun 2010 bilangan SBT akan bertambah sebanyak 30 menjadikan semua sekali adalah 50 buah.. Dijangkakan, pengumuman tentang pemilihan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Induk SBT KPM pada masa yang  akan ditetapkan.. .  

Mana-mana boleh makan

Elakkan dari makan-minum di bilik tempat bekerja....itulah pesanan ikhlas dari sang ketua pada suatu ketika. Aku amat setuju kerana benarlah kenyataan itu sebab sisa-sisa makanan akan tertinggal dan cara tak langsung akan mengundang kawan dan teman si lipas, si semut, si tikus dan segala macam si yang sukar untuk disebutkan. Teringat aku masa aku di tugaskan menguruskan pusat sumber sekolah, aku pernah didedahkan dengan buruknya jika makan dan minum di bilik tempat bekerja. Melalui kursus penjilidan dan pengawetan buku selama sehari suntuk itu aku dan kawan-kawan diajar cara mana untuk mengelakan keburukan itu dari terjadi dalam organisasi kita. Persoalannya...adakah tempat makan lain yang sesuai untuk memenuhi bilangan warga organisasi yang semakin bertambah ini. Kebajikan rehat dan makan pegawai serta kakitangan perlu diambil kira sama...

Sikap masyarakat kita

'Ruang yang bernombor adalah ruang khas yang disediakan untuk mereka yang berjawatan.....' Faham dengan kenyataan itu, kebanyakan warga kerja di tempat itu, akan berusaha mencari tempat parking yang baru. Tetapi apa yang diperhatikan sejak akhir-akhir ini, orang tidak pandai hormat orang. Merembat peluang tak kena tempat.. Baru melapor diri bekerja di tempat baru dengan beraninya tempat meletak kereta bos atau big bos dipenuhi. Amat mengejutkan, tapi inilah realiti minda masyarakat kita hari ini. Bagi mereka asalkan tempat itu kosong baik mereka isi. Tidakkah pernah mereka terfikir bos dan big bos selalunya ada mesyuarat atau aktiviti lain yang memerlukan mereka keluar pada bila-bila masa tanpa sekatan. Itu sebabnya mereka diberi keistimewaan. Parking khas diberi untuk permudah pergerakan mereka. Itulah sikap manusia yang ada sekarang yang tidak disenangi oleh banyak orang. Salahkah ibu yang mengandung atau tersasarkah latihan yang diberi untuk membentuk modal insan cemerlang.

BLOG TOK GURU

sedang dalam penyusunan semula